Ads 468x60px

Saturday, April 7

INTERNET BROWSER ISLAMIC PERTAMA DI DUNIA

[Image: halalscape2.jpg]

Seperti yang dinyatakan pada tajuk entri, HalalScape adalah pelayar internet/internet browser Islamic pertama didunia. Pelayar ini berfungsi sama seperti pelayar internet lain, yang membezakannya adalah ia dapat menapis/menyekat korang atau anak korang (bagi yang dah berkahwin) dari melayari laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah, perjudian dan lain-lain.
Yang menariknya mengenai pelayar ini ia akan menyekat jika pengguna memasuki laman web yang mengandungi unsur lucah atau perjudian dan membawa mereka ke halaman yang selamat. HalalScape bukan sahaja sesuai untuk umat Islam, malah sesuai untuk pelbagai agama dan bangsa.

Dengan mengandungi parental control, HalalScape dapat menjamin dan membantu ibu bapa mengawal anak-anak dari melayari laman yang tidak sesuai untuk usia mereka. Pelayar ini juga direka untuk dapat berintegrasi dengan laman web pencarian seperti Google, Yahoo, dan Bing. Selain dari fungsi parental control, terdapat juga addon yang boleh dimuat turun seperti Muslim Prayer Times dan Islamic Calendar. Bagi addon Muslim Prayer Times, ia mempunyai fungsi untuk memperdengarkan laungan Azan pabila waktu solat telah tiba. Ia menyokong pelbagai lokasi seluruh dunia. Manakala Islamic Calendar akan memaparkan kalendar Islam atau Hijrah di statusbar.



[Image: halaladdon.jpg]
Setakat ini, HalalScape hanya terdapat didalam versi Windows. Ia telah dicuba pada Windows 7 Ultimate 32-bit dan berfungsi sepenuhnya. Hanya terdapat satu bahasa yang disokong iaitu English. Untuk versi Arab ia masih dalam proses pembangunan.


0 ulasan: